RSS

Konsep Hijab Dalam Islam (Bahagian Pertama - Definisi Hijab)





بسم الله الرحمن الرحيم

أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة


Definisi Hijab


Hijab dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung.

Hijab dari istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar. Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu.

Sesetengah negara yang berbahasa arab dan negara-negara Barat, perkataan hijab selalunya merujuk kepada penutupan kepala dan badan wanita. Tetapi dalam Islam, hijab telah diberi erti yang lebih meluas iaitu kesopanan, bersendirian dan akhlak. Dalam al-Quran, tudung disebut sebagai khimar.



Bahagian Hijab


Hijab terbahagi kepada dua bahagian:

  • Hijab luaran iaitu kain baju dan pakaian.
  • Hijab dalaman iaitu sifat taqwa dan malu.



*Diharap pembaca faham dengan makna sebenar hijab. Jika ada sebarang persoalan, bolehlah bertanya. dan InsyaAllah akan bersambung dengan tajuk 'Asas pertama hijab'..waallahu'alam.... yang baik datang dari Allah, dan yang kurang datangnya dari saya.. semoga kita sama-sama diberkati olehNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

salam.alhamdulilah..sy dh tahu ape maksud hijab..ape maksud purdah pula ya shbt..??

Khadijah Firdaus said...

hijab tu adalah makna bukan jenis fesyen. atau jenis cara belitan. harap paham. hijab tu adalah makna. klu pakai selimut atau guni seklipun dengan cara yang dituntut syariat, ia akan menjadi hijab.

yayashine said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment