بسم الله الرحمن الرحيم
أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة
Syarat-syarat penutupan Aurat:
Islam menggariskan 3 syarat asas penutupan aurat yang perlu diikuti:
- Menutup bahagian-bahagian aurat.
- Tidak menampakkan warna kulit (pakaian yang jarang).
- Tidak menampakkan bentuk tubuh badan (pakaian yang ketat).
Manakala terdapat syarat-syarat tambahan:
- Hendaklah benda yang menutup aurat itu bukan dari jenis perhiasan wanita, contohnya mahkota di atas kepala wanita.
- Pakaian yang dipakai wanita itu tidak boleh menyerupai pakaian jantina lawannya (lelaki).
Daripada seorang lelaki daripada suku Huzail, telah berkata:
"Aku telah melihat Abdullah bin 'Amru bin al-Asr dan rumahnya tiada tanah halal dan masjidnya tiada tanah haram, (lelaki Huzail) berkata maka ketika aku di sisinya, dia (Abdullah) telah melihat Ummi Sa'id anak perempuan Abi Jahal memakai pakaian tradisi yang mempunyai busur panah dan dia berjalan dalam keadaan lelaki berjalan, maka (Abdullah) telah berkata, "Siapakah ini?" Berkata lelaki Huzail, "Aku berkata, ini Ummi Sa'id binti Abu Jahal." Maka telah berkata (Abdullah), "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah dari golongan kami (orang beriman), sesiapa yang menyerupai lelaki daripada lelaki dari wanita dan bukan juga sesiapa yang menyerupai wanita daripada lelaki."
(Hadis Riwayat Ahmad)
*Diharap sesiapa yang membaca dapat mengambil iktibar dan bukan saja membaca dengan minda yang kosong. InsyaAllah akan bersambung di artikel yang akan datang dengan tajuk yang dari iaitu 'Konsep hijab dalam Islam'. Di harap pembaca dapat terus konsisten melawati blog ini. Mana-mana ada maklumat yang tak lengkap ataupun salah diharap dapat diperbetulkan. Waallahu' alam.

0 comments:
Post a Comment