PROFAIL PENGASAS PERUNDING PERUBATAN
8 years ago
Ilmu yang berguna ialah ilmu yang sentiasa diamalkan. Dan ilmu yang sia-sia itu ialah ilmu tidak diamalkan. Bersamalah kita mengembalikan gaya hidup yang berilmu dan mengamalkan tuntutan Islam.....
بسم الله الرحمن الرحيم
أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة
Tujuan saya mewujudkan ruangan ini adalah untuk berkongsi ilmu yang saya ada bersama-sama dengan para pembaca. Memang kenyataannya bukan mudah untuk memikirkan dan menulis tentang kewujudan para wanita pada zaman kini. Secara jujurnya, setiap kali jari-jari ini mula menulis tentang permasalahan dalam kalangan wanita, hati ini terlalu sayu dan jauh di sudut hati menitis air mata kerana berlakunya perbezaan yang terlalu besar dari para wanita di zaman tabiin dengan para wanita di zaman jahiliah. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya cuma membuang kerana memikirkan masalah tentang wanita sedangkan wanita itu sendiri tidak menghiraukan masalah mereka. Tapi bagi saya dengan memikirkan masalah wanita adalah lebih baik dari memikirkan cara untuk merosakkan para wanita. Seharusnya wanita itu dihargai kewujudannya, bukannya dihina atau dirosakkan dengan hawa nafsu. Jika hari ini ramai lelaki yang membela nasib kaum hawa ini, sudah tentu tiada lagi berlakunya masalah berkaitan dengan Islam. Diharapkan ruangan ini dapat memberi serba sedikit ilmu kepada pembaca. Semoga Allah memberkati usaha kita bersama.
2 comments:
assalamualaikum..
syukran ya akhi,,syukran sbb memartabatkan ketinggian diri kaum ana yang makin ramai yg jauh dri syariat Islam. Moga dengan kehadiran blog Pusat Ilmuan Islam ini, wanita akan lebih memahami akan keistimewaan tentang dirinya.. insyaAllah
InsyaAllah ana akan buat yang terbaik untuk kaum hawa. ana harap kaum enta sudi memberi kerjasama dan mengambil iktibar. bagilah peluang menebus kesilapan ana dan kaum ana yang mungkin pernah menyakiti kaum enta. semoga Allah memberkati kita. InsyaAllah....
Post a Comment