بسم الله الرحمن الرحيم
أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة
Hakikat Aurat Dalam Islam
Hakikatnya mampukah para wanita mengelakkan diri daripada melakukan dosa tabarruj? Bagaimana para wanita ini boleh mengelakkan diri dari melakukan dosa tabarruj? Bagaimana pula dengan sikap kaum lelaki? Masih mampukah mereka mengawal para wanita yang berada di bawah tanggungjawab mereka daripada terjebak dengan dosa tabarruj?
Seperti yang kita fikirkan, untuk mengelakkan diri dari melakukan dosa tabarruj bukan mudah. Apatah lagi, jika di zaman ini hidup terlalu mencabar dan memerlukan wanita untuk mengenakan tabarruj. Walaubagaimanapun, pertama sekali untuk mengelakkan dari terjebak dengan masalah tabarruj ini adalah dengan para wanita itu sendiri harus mengenali apa itu tabarruj. Tetapi sebelum itu, adalah baiknya jika kita mendalami persoalan aurat wanita kerana ianya ada hubung kait dengan tabarruj.
Definisi Aurat
Dari segi bahasa aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.
Dari segi syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram di pandang. Atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.
Hukum menjaga aurat adalah wajib kerana ini berdasarkan dalil.
Firman Allah s.w.t.: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya."
(an-Nur : 31)
Daripada Aisyah r.a, katanya:
" Bahawa Asma' telah memasuki (rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis. Maka baginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda, "Wahai Asma', wanita yang sudah mencapai haid , tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan wajahnya dan kedua tapak tangannya."
*Bersambung di bahagian seterusnya iaitu dalam penentuan aurat wanita dalam Islam. Teruskan membaca dan ambillah iktibar.
0 comments:
Post a Comment