Masyarakat sering menyalahertikan pengertian zina. Bagi mereka terjadinya zina itu apabila berlakunya persetubuhan antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Itulah pandangan bagi mereka yang sengaja membutakan mata dan yang tidak boleh menerima pengertian zina dari sudut Islam. Zina itu boleh berlaku dalam pelbagai cara dan keadaan. Zina juga boleh berlaku apabila seseorang itu leka dalam mengawal nafsu. Apabila seseorang itu gagal mengawal nafsu, mereka ini lebih cendurung melakukan zina secara batin. Antaranya ialah zina hati dan pancaindera. Zina hati ini berlaku apabila perasaan seseorang itu merindui pasangan bukan mahramnya yang lahir kerana nafsu dan nafsu ini sudah tentu digoda oleh syaitan.
Zina pancaindera pula sering berlaku apabila kita berada di tempat-tempat awam. Perkara ini mudah berlaku kerana kita terdedah kepada persekitaran yang sesak dengan manusia. Zina ini berpunca dari wanita yang gemar memakai wangi-wangian yang sehingga menyebabkan masyarakat sekeliling dapat merasai wangian tersebut. Antara pesanan Rasulullah untuk muslimah ialah (boleh dilihat dalam video di atas) Dalam video ini kita dapat ingat kembali apa yang Rasulullah s.a.w. telah berpesan sejak lebih dari 1431 tahun lagi. Ingin di sini saya menegaskan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda antara kaum yang paling ramai masuk neraka ialah kaum hawa dan yang akan diutamakan untuk ke syurga ialah kaum hawa. Jadi, sebagai umat yang mempunyai akal yang waras, pilihan manakah yang ingin menjadi pilihan utama kita sebagai umat Islam. Rasulullah juga pernah bersabda, nikmat di dunia ini jika ingin dibandingkan dengan akhirat ibarat kita mencelupkan tangan dalam lautan dan mengangkat kembali. Setelah itu kita lihat titisan air yang menitis jatuh. Titisan itu yang kecil itu merupakan nikmat dunia dan lautan yang luas itulah nikmat akhirat. Pilihlah, jika anda ingin memilih nikmat titisan air itu, maka hiduplah anda dengan hidup yang penuh dengan hawa nafsu. Tetapi, jika anda ingin memilih untuk menikmati nikmat seluas lautan itu, maka berusahalah untuk memilikinya. Tidak ada sesuatu benda pun yang boleh mengubah sesuatu kaum itu kecuali dirinya sendiri. Pesanan ini ditujukan kepada muslimah. Tujuan teks ini ditulis bukan untuk mengecam kaum hawa, tetapi untuk peringatan dan santapan rohani.
1 comments:
nice entry..:)
Post a Comment