RSS

Cinta Itu Anugerah

Rasullulah s.a.w bersabda tentang Sayidatina Khadijah r.a maksudnya:
“Aku telah dianugerahi rasa cinta kepadanya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
Kita cinta kepada manusia,
Tak semesatinya manusia cinta kepada kita.
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.


Di petik daripada karya asal: Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin dalam buku PEMILIK CINTAKU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahana Cinta

Seorang penyair arab berkata:
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang.
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.


Di petik daripada karya asal: Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin dalam buku PEMILIK CINTAKU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips Menepis Cinta Remaja

 Tegas dengan prinsip diri.
 Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.
 Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.
 Mengekang hawa nafsu.
 Mendekati majlis ilmu.
 Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah.
 Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.


Di petik daripada karya asal: Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin dalam buku PEMILIK CINTAKU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

Pasti kelak diriku ibarat kembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
Menyibukkan diri merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku kepada-Nya.
Hati akan terseksa dengan barah rindu.
Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diriuntuk keperluan dunia dan akhirat.
Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku.
Jika aku dan ia berjaya melangkah kea lam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.
Nauzubillah


Di petik daripada karya asal: Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin dalam buku PEMILIK CINTAKU.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wanita-wanita sufi- amat al-jalil

Amat Al-Jalil adalah seorang wali dan wanita Arab yang salih. Abu Bakar ibn ‘Abid menulis tentangnya:

Aku pernah membaca, dalam kitab milik Muhammad ibn Husayn, sebuah cacatan dalam tulisan tangannya sendiri di mana ia dikutip dari Halim ibn Ja’afar yang kemudiannya dikutip daripada Musammi’ ibn ‘Ashim yang mengatakan, “sekelompok syaikh Sufi berbeza pendapat tentang ehwal makna kewalian(walayat). Seorang di antara mereka berkata, ‘Apabila seseorang mencapai kedudukan kewalian, maka dia boleh memperolehi apa yang diinginkannya, sama ada yang bersifat rohani atau duniawi.’ Mereka yang lain berkata, ‘Para wali tidak pernah berbuat dengan cara yang bertentangan dengan kehendak Allah, dan sama sekali tidak berusaha meraih apa yang diinginkan untuk dunia. Justeru, kerinduannya akan hal itu memungkinkan terwujudnya di hadapannya.’ Mereka yang lain memberikan komen, ‘Seorang wali adalah orang yang- bila tidak dipenuhi hak- haknya kelak di Hari Kiamat- tidak akan mengemukakankeberatan apa pun.’

Perbincangan mereka terus berlangsung demikian sampai akhirnya semua syaikh itu menangguhkannya dan sepakat mengunjungi seorang wanita di kabilah Bani ‘Adi yang bernama Amat Al-Jalil, puteri ‘Amr ‘Adawiyah, yang memiliki keunikan pada zamannya dalam perjuangan kerohanian(mujahadah). Ketika tiba di rumahnya, mereka mengetuk pintu dan memohon izin. Sesudah dipersilakan masuk, mereka menyatakan perbezaan pendapat mereka dan menceritakan bahawa semuanya terlibat dalam perdebatan sengit. Kemudian amat menegaskan, ‘Segenap maktu seorang wali adalah sedemikian rupa sehingga dia begitu asyik dan sibuk dengan Allah dan sama sekali tidak merasa terganggu oleh dunia ini. Jadi,seorang wali tidak mempunyai keperluan dan tidak memerlukan apa pun.’ Sambil mengadap kepada Kilab, Amat kemudian berkata, ‘jika ada seseorang mengatakan kepadamu bahawa seorang wali Allah pernah mencurahkan perhatiannya kepada segala sesuatu selain Allah, janganlah engkau percaya kepadanya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wanita-wanita sufi- umm ibrahim

Umm Ibrahim


Umm Ibrahim pernah ditendang oleh seekor kuda. Kakinya terseliuh, dan beberapa orang datang untuk menyatakan rasa simpati mereka kepadanya. Dia mengatakan, “Kalaulah bukan kerana kesengsaran di dunia ini, kita semua akan sampai di akhirat dalam keadaan benar-benar miskin dan melarat.”

Abu Musa menceritakan kisah berikut ini:

Aku pernah menyertai Umm Ibrahim pergi menunaikan ibadah haji ke Makkah. Ketika kami tiba di Mina, tempat di mana syaitan-syaitan dilempar dengan batu, kami melihat begitu ramai orang yang sibuk berdagang dan berjual-beli. Sambil mendongakkan kepalanya ke langit, Umm Ibrahim berdoa, “Wahai Kekasihku, orang-orang ini semuanya telah berpaling ke dunia dan meninggalkan-Mu.” Sesudah mengucapkan doa ini, dia menjerit keras dan kemudiannya jatuh pengsan. Orang-orang berkumpul mengelilinginya, sementara aku menyelimutinya dengan jubahku. Ku katakan bahawa dia ditimpa kecelakaan dan jatuh sakit. Aku berdiri di sampingnya sehingga dia sedar kembali. Kemudian ku angkat kepalanya dan ku dekati, “Wahai Umm Ibrahim, mengapa engkau berbuat sesuatu yang tidak betul dan memalukan?” dia menjawab, “Wahai orang bodoh, kalau Dia sendiri yang memuji dan bersyukur, mengapa kita mesti berpura-pura?”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS