Umm Ibrahim
Umm Ibrahim pernah ditendang oleh seekor kuda. Kakinya terseliuh, dan beberapa orang datang untuk menyatakan rasa simpati mereka kepadanya. Dia mengatakan, “Kalaulah bukan kerana kesengsaran di dunia ini, kita semua akan sampai di akhirat dalam keadaan benar-benar miskin dan melarat.”
Abu Musa menceritakan kisah berikut ini:
Aku pernah menyertai Umm Ibrahim pergi menunaikan ibadah haji ke Makkah. Ketika kami tiba di Mina, tempat di mana syaitan-syaitan dilempar dengan batu, kami melihat begitu ramai orang yang sibuk berdagang dan berjual-beli. Sambil mendongakkan kepalanya ke langit, Umm Ibrahim berdoa, “Wahai Kekasihku, orang-orang ini semuanya telah berpaling ke dunia dan meninggalkan-Mu.” Sesudah mengucapkan doa ini, dia menjerit keras dan kemudiannya jatuh pengsan. Orang-orang berkumpul mengelilinginya, sementara aku menyelimutinya dengan jubahku. Ku katakan bahawa dia ditimpa kecelakaan dan jatuh sakit. Aku berdiri di sampingnya sehingga dia sedar kembali. Kemudian ku angkat kepalanya dan ku dekati, “Wahai Umm Ibrahim, mengapa engkau berbuat sesuatu yang tidak betul dan memalukan?” dia menjawab, “Wahai orang bodoh, kalau Dia sendiri yang memuji dan bersyukur, mengapa kita mesti berpura-pura?”
PROFAIL PENGASAS PERUNDING PERUBATAN
8 years ago
0 comments:
Post a Comment