RSS

Tahajjud cintaku padaMu dan dirinya





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ya Allah.... Pada malam ini aku bersujud kepadaMu.... Memohon petunjuk dan hidayah dariMu.... Tiada tempat untukku bergantung harap dan memohon pertolongan selain hanya dariMu, Ya Allah..... Saat ini aku sangat memerlukan perhatian dariMu.... Aku dilanda satu musibah yang paling aku takuti dalam hidup ini, Ya Allah.... Antara yang paling aku takuti ialah apabila Kau menguji aku dengan kelemahan yang aku tidak dapat atasi sejak dari dulu.... Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan aku suatu keajaiban yang tidak semua manusia memilikinya, iaitu perasaan kasih dan sayang.... Aku merasa sangat bertuah kerana memiliki sifat itu, Ya Allah.... Tetapi tanpa aku sedari rupanya itulah kelemahan yang paling aku takuti.... Dahulu aku pernah berjanji kepadaMu bahawa aku tidakkan mencintai mana-mana wanita selaian yang telah Kau takdirkan..... Dan aku merasa sungguh yakin bahawa diri ini dapat mengatasinya.... Tapi, segalanya berubah dalam sekelip mata...... Segalanya berubah apabila kau hadirkan seorang muslimah yang tidak aku sedari kewujudannya sebelum ini..... Aku merasa senang dan tenang bila bekerjasama dengannya.... Pada mulanya aku hanya menganggap bahawa ini cumalah kebetulan.... Tapi, siapa yang menduga takdir yang telah Kau tetapkan, Ya Allah.... Sekali lagi aku dipertemukan dengan dia..... Dan aku yakin bahawa ini juga secara kebetulan kerana ini tidaklah seperti yang aku rancang.... Ya Allah, takdirMu sangat sukar untuk diduga..... Dalam tak sedar aku telah menyakiti hatinya yang lembut, Ya Allah..... Sungguh, diri ini sangat lemah dan hina..... Aku telah menyusahkan hidupnya, Ya Allah...... Dan sungguh, mengalir air mata ini sangat aku melihat dirinya dilanda kesusahan....  Teringin aku menghulurkan tangan saat dia dilanda kesusahan, Ya Allah.... Tapi siapalah aku untuk melakukan sedemikian.... Aku cumalah hambaMu yang telah menyusahkan hidupnya..... Bukan sekali aku menyakitinya dengan keegoan dan kebodohanku, Ya Allah.... Tapi telah berkali-kali aku menyakitinya..... Sesungguhnya bukan itu yang aku impikan....

Kini kebenciannya padaku kian menebal, Ya Allah.... Semakin hari semakin bertambah kebenciannya padaku....... Dahulu hanyalah senyuman yang dia ukirkan setiap kali memandangku, tetapi kini pandangan jijik yang dihulurkan kepadaku..... Sungguh, aku tidaklah menyalahkan Kau dan juga dia mengapa berlakunya keadaan ini, Ya Allah..... Tetapi keegoan dan kebodohanku yang menjadi menjadi asbab mengapa aku membenci diriku sendiri..... Seandainya yang terbaik untuknya adalah aku pergi dari hidupnya, maka kau jauhkanlah aku dari dirinya, Ya Allah.... Jika seandainya dengan pemergianku buat selama-lamanya dari muka bumi ini dapat mengembirakan hatinya dan dapat mengembalikan senyuamannya, maka aku bersedia untuk menghadapMu lebih awal, Ya Allah...... Sungguh aku tidak sanggup melihat air matanya menitis lagi kerana aku......

Ya Allah..... kini hanya tahajjud cinta kepadamu menjadi penemanku saat aku kebuntuan..... Dan hanya tahajjud cinta inilah yang menjadi penawar segala kegelisahanku selama ini.... Juga dengan tahajjud cinta ini jugalah yang dapat mendekatkan aku kepadaMu...... Demikian jugalah dengan tahajjud ini dapat menjadi pengubat rindu kepadanya......

Ternyata dengan ketiadaanku dalam hidupnya kini menjadikan hidupnya lebih bahagia dan penuh dengan senyuman...... Ya Allah, aku bersyukur kerana doa aku telah Kau tunaikan..... Itulah yang aku impikan.... Senyuman yang sentiasa terukir di raut wajahnya..... Sungguh, dia insan mulia dan   aku hanyalah hambaMu yang lemah lagi menyusahkan.....         Biarlah aku hilang dan pergi dari dirinya buat selamanya, Ya Allah...... Biarlah dunianya bersinar dengan cahaya keimanan yang engkau kurniakan...... Ya Allah, kini tahajjud cinta ini akan aku terus pelihara..... Sehinggakan suatu hari nanti ianya menjadi jalan untuk aku peroleh cinta yang sebenarnya di akhirat nanti.....










(Apa yang tertulis di atas adalah sesuatu yang benar yang berlaku pada seorang sahabat saya. Sungguh, semasa mendengarkan ceritanya dan semasa saya menulis ini, mengalir air mata di dalam hati dek kerana tidak tertanggung rasa sedih. Tidak akan mengalir air mata ini jika semua di atas adalah pembohongan semata-mata. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Waallahu'alam........)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Atiqah said...

Assalammualaikum...

Maaf mengganggu enta...sekadar ingin berkongsi.. Jangan terlalu asyik menyalahkan diri apatah lagi menganggap diri melakukan kesalahan atas kebodohan sendiri. Ingat, setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebalik kejadiaannya sekalipun enta gagal mencari hikmah yg tersembunyi tersebut. namun ketahuilah sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya Aku lebih tahu apa yang kamu tidak ketahui " Menyalahkan diri hanya membawa kepada putus asa dan lemah semangat... sedangkan Allah kata " Mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah " Apa yang penting apabila sedar kesalahan diri cepatlah sujud taubat padaNYA dan sempurnakan hak kepada manusia sekiranya kesalahan tersebut melibatkn manusia dan utk menyempurnakan taubat pastinya perlukan kazaman utk tidak mahu melakukannya lagi. InsyaAllah Allah sentiasa mendengar rayuan hambaNYA.
Jadikan juga setiap kelemahan dalam diri kita sebagai batu loncatan untuk kita menjadi lebih kuat. Pergunakan setiap anugerah yang Allah bagi pada kita semata-mata untuk keredhaannya kerana manusia itu dipermudahkan atas tujuan dia diciptakan...sekiranya iman yang kita pilih maka pastinya ujian menjadi peneman sejati kita. Maka bersabarlah dalam mempertahankan iman..dan berjuanglah untuk terus meningkatkan darjah keimanan kita.

"Iman kita tidaklah sehebat Nabi Musa yang sangat banyak ditimpa ujian oleh Allah, Namun ketahuilah juga bahawa musuh kita juga tidaklah sehebat dan sezalim Firaun pada zamannya."

"Siapalah kita yang pernah berbuat dosa ini berasa kerdil dan selalu menyalahi diri dengan dosa yang pernah kita lakukan jika dibandingkan dengan Umar al Khattab yang semasa jahiliyyahnya dia sangat banyak melakukan dosa dan kezaliman sehingga sanggup menguburi puterinya hidup-hidup. Siapalah kita jika dibandingkan dengan beliau. Namun apabila IMAN pilihannya, beliau terus melakukan transformasi menjadi MUKMIN yang paling membela ISLAM dan paling hebat dalam mempertahankan keislamannya sehingga Allah menjanjikan istana buatnya di syurga berjiran dengan Rasulullah"

InsyaAllah...harap membantu...
Banyakkan berdoa dan selalu ingat pada Allah dan taraf diri kita yang hina ini sebagai HAMBA..

Wallahu'alam

Salam

yayashine said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment