RSS

Konsep Hijab Dalam Islam (Bahagian Pertama - Definisi Hijab)





بسم الله الرحمن الرحيم

أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة


Definisi Hijab


Hijab dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung.

Hijab dari istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar. Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu.

Sesetengah negara yang berbahasa arab dan negara-negara Barat, perkataan hijab selalunya merujuk kepada penutupan kepala dan badan wanita. Tetapi dalam Islam, hijab telah diberi erti yang lebih meluas iaitu kesopanan, bersendirian dan akhlak. Dalam al-Quran, tudung disebut sebagai khimar.



Bahagian Hijab


Hijab terbahagi kepada dua bahagian:

  • Hijab luaran iaitu kain baju dan pakaian.
  • Hijab dalaman iaitu sifat taqwa dan malu.



*Diharap pembaca faham dengan makna sebenar hijab. Jika ada sebarang persoalan, bolehlah bertanya. dan InsyaAllah akan bersambung dengan tajuk 'Asas pertama hijab'..waallahu'alam.... yang baik datang dari Allah, dan yang kurang datangnya dari saya.. semoga kita sama-sama diberkati olehNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hakikat Aurat Dalam Islam (Bahagian Ketiga - Syarat-syarat penutupan Aurat)

بسم الله الرحمن الرحيم

أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة



Syarat-syarat penutupan Aurat:


Islam menggariskan 3 syarat asas penutupan aurat yang perlu diikuti:

  • Menutup bahagian-bahagian aurat.
  • Tidak menampakkan warna kulit (pakaian yang jarang).
  • Tidak menampakkan bentuk tubuh badan (pakaian yang ketat).

Manakala terdapat syarat-syarat tambahan:

  • Hendaklah benda yang menutup aurat itu bukan dari jenis perhiasan wanita, contohnya mahkota di atas kepala wanita.
  • Pakaian yang dipakai wanita itu tidak boleh menyerupai pakaian jantina lawannya (lelaki).

Daripada seorang lelaki daripada suku Huzail, telah berkata:

"Aku telah melihat Abdullah bin 'Amru bin al-Asr dan rumahnya tiada tanah halal dan masjidnya tiada tanah haram, (lelaki Huzail) berkata maka ketika aku di sisinya, dia (Abdullah) telah melihat Ummi Sa'id anak perempuan Abi Jahal memakai pakaian tradisi yang mempunyai busur panah dan dia berjalan dalam keadaan lelaki berjalan, maka (Abdullah) telah berkata, "Siapakah ini?" Berkata lelaki Huzail, "Aku berkata, ini Ummi Sa'id binti Abu Jahal." Maka telah berkata (Abdullah), "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah dari golongan kami (orang beriman), sesiapa yang menyerupai lelaki daripada lelaki dari wanita dan bukan juga sesiapa yang menyerupai wanita daripada lelaki." 
                                           
                                                                                                     (Hadis Riwayat Ahmad)








*Diharap sesiapa yang membaca dapat mengambil iktibar dan bukan saja membaca dengan minda yang kosong. InsyaAllah akan bersambung di artikel yang akan datang dengan tajuk yang dari iaitu 'Konsep hijab dalam Islam'. Di harap pembaca dapat terus konsisten melawati blog ini. Mana-mana ada maklumat yang tak lengkap ataupun salah diharap dapat diperbetulkan. Waallahu' alam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hakikat Aurat Dalam Islam (Bahagian Kedua- Penentuan Aurat Wanita)

بسم الله الرحمن الرحيم

أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة


Penentuan Aurat Wanita Dalam Islam

Perbincangan dalam menetapkan aurat wanita mengikut fiqh Islam sangat meluas dan terperinci.  Ini kerana disebabkan penekanannya dalam al-Quran dan hadis. Dengan itu, para ulama Islam telah membincangkan penetapan aurat dengan panjang lebar. Maka, di sini saya hanya menyatakan keputusan yang telah ditarjihkan oleh para ulama Islam dan sesuai dengan suasana peredaran masa kini.

Aurat Wanita Dengan Wanita

  • Aurat muslimah dengan mulimah
    •  Bahagiannya antara pusat dan lutut.
    • Harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya selain bahagian antara pusat dan lutut kepada muslimah lain atau hamba mulimah.
    • Tetapi, jika dibimbangi akan mendatang fitnah atau pandangan mereka itu bernafsu, maka seluruh tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan.


  • Aurat muslimah dengan wanita bukan Islam
    • Semua anggota tubuh badan kecuali yang kelihatan apabila melaksanakan tugas dan urusan-urusan rumah tangga.
    • Harus bagi muslimah menampakkan muka, kepala, leher, tangan hingga ke lengan dan kaki hingga ke lutut kepada wanita bukan Islam.
    • Manakala aurat mulimah dengan wanita bukan Islam yang hamba ataupun yang mahram kepada muslimah itu adalah bahagian antara pusat dan lutut.
    • Andai ditakuti mendatangkan fitnah atau pandangan mereka mendatangkan nafsu, maka seluruh anggota tubuhnya adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan.



Aurat wanita dengan lelaki

  • Aurat muslimah dengan lelaki bukan mahram.
    • Seluruh tubuh wanita itu sama ada belum baligh ataupun sudah baligh, adalah aurat kecuali muka dan kedua tapak tangan.
    • Harus bagi muslimah menampakkan muka dan tapak tangan kepada lelaki bukan mahram.
    • Seandainya dibimbangi akan mendatangkan fitnah, maka muka dan tapak turut menjadi aurat.


  • Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram.
    • Aurat wanita muslimah dengan lelaki yang mahram adalah antara pusat dan lutut.
    • Harus bagi muslimah menampakkan tubuh badannya kepada lelaki yang mahramnya selain antara pusat dan lutut  dengan syarat aman dari fitnah dan pandangan mereka tidak bernafsu.
    • Dan sebaliknya jika ia boleh mendatangkan fitnah dan menimbulkan nafsu.


  • Aurat muslimah dengan kanak-kanak lelaki.
    • Harus menampakkan perhiasan kepada kanak-kanak lelaki.
    • Tetapi dengan syarat kanak-kanak lelaki tersebut tidak mengalami keseronokan, sama ada rasa ghairah atau belum.
    • Jika mereka telah pun ada rasa seronok melihat perhiasan atau aurat wanita, wajib menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.





*InsyaAllah akan bersambung lagi pada artikel yang akan datang dengan tajuk 'syarat-syarat penutupan aurat'. semoga semua sudi membaca dan memberi komen. sama-samalah kita mencari keredhaan Illahi. Waallahu'alam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hakikat Aurat Dalam Islam (Bahagian Pertama- Definisi Aurat)

بسم الله الرحمن الرحيم

أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة

Hakikat Aurat Dalam Islam

Hakikatnya mampukah para wanita mengelakkan diri daripada melakukan dosa tabarruj? Bagaimana para wanita ini boleh mengelakkan diri dari melakukan dosa tabarruj? Bagaimana pula dengan sikap kaum lelaki? Masih mampukah mereka mengawal para wanita yang berada di bawah tanggungjawab mereka daripada terjebak dengan dosa tabarruj?

Seperti yang kita fikirkan, untuk mengelakkan diri dari melakukan dosa tabarruj bukan mudah. Apatah lagi, jika di zaman ini hidup terlalu mencabar dan memerlukan wanita untuk mengenakan tabarruj. Walaubagaimanapun, pertama sekali untuk mengelakkan dari terjebak dengan masalah tabarruj ini adalah dengan para wanita itu sendiri harus mengenali apa itu tabarruj. Tetapi sebelum itu, adalah baiknya jika kita mendalami persoalan aurat wanita kerana ianya ada hubung kait dengan tabarruj.

Definisi Aurat

Dari segi bahasa aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan. Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.

Dari segi syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram di pandang. Atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.

Hukum menjaga aurat adalah wajib kerana ini berdasarkan dalil.

Firman Allah s.w.t.: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya."                             
                                                                                                                                                (an-Nur : 31)

Daripada Aisyah r.a, katanya: 

" Bahawa Asma' telah memasuki (rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis. Maka baginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda, "Wahai Asma', wanita yang sudah mencapai haid , tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan wajahnya dan kedua tapak tangannya."



*Bersambung di bahagian seterusnya iaitu dalam penentuan aurat wanita dalam Islam. Teruskan membaca dan ambillah iktibar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم

أعوذ مع اسم الله من كلام من الرصاص مضللة

Tujuan saya mewujudkan ruangan ini adalah untuk berkongsi ilmu yang saya ada bersama-sama dengan para pembaca. Memang kenyataannya bukan mudah untuk memikirkan dan menulis tentang kewujudan para wanita pada zaman kini. Secara jujurnya, setiap kali jari-jari ini mula menulis tentang permasalahan dalam kalangan wanita, hati ini terlalu sayu dan jauh di sudut hati menitis air mata kerana berlakunya perbezaan yang terlalu besar dari para wanita di zaman tabiin dengan para wanita di zaman jahiliah. Mungkin ramai yang akan mengatakan saya cuma membuang kerana memikirkan masalah tentang wanita sedangkan wanita itu sendiri tidak menghiraukan masalah mereka. Tapi bagi saya dengan memikirkan masalah wanita adalah lebih baik dari memikirkan cara untuk merosakkan para wanita. Seharusnya wanita itu dihargai kewujudannya, bukannya dihina atau dirosakkan dengan hawa nafsu. Jika hari ini ramai lelaki yang membela nasib kaum hawa ini, sudah tentu tiada lagi berlakunya masalah berkaitan dengan Islam. Diharapkan ruangan ini dapat memberi serba sedikit ilmu kepada pembaca. Semoga Allah  memberkati usaha kita bersama.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS