RSS

keganasan Israel






Memang perasaan sedih dan marah melanda diri saya apabila melihat keadaan rakyat Palestin di wilayah Genting Gaza yang kini sedang dicerobohi tentera negara haram Israel itu. Jumlah angka kematian sudah meningkat kepada lebih daripada 400 orang! Ini sudah boleh ditakrifkan sebagai suatu genocide, pembunuhan etnik secara terancang. Sekiranya ini berlaku di Eropah atau Amerika Syarikat, dunia sudah mula mengambil tindakan terhadap dalang yang bertanggungjawab melakukannya. Tetapi sehingga kini, tiada sekatan ekonomi atau pemulauan Israel secara politik dilakukan oleh dunia, khususnya dunia Islam. Negara-negara Arab gagal bersatu untuk mengambil tindakan yang boleh memaksa Israel mengundurkan tentera mereka dari Genting Gaza.

Keganasan Israel yang menyebabkan kegawatan Gaza sekarang ini tidak boleh dimaafkan sama sekali. Hancurkan negara Israel dan haramkan ideologi Zionisme, itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan keamanan kepada Timur Tengah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment