Hai wanita di manakah maruahmu?
Mengapa kau benarkan ia dinodai?
sedangkan ianya simbol keagungan
Yang telah dia kurniakan
Jangan salahkan Adam
jika hawa dinodai
Dan
Jangan pula disalahkan Adam
Jika Hawa dikotori
Bangkitlah Hawa,
Berjuanglah, memperjuangkan maruahmu
Jangan biar Adam bermaharajalela
Jangan biar cintamu di dusta
Ingatlah pada yang Esa
Kerana Dia yang menentukan segalanya
Jangan biar Hawa terus memenuhi neraka
Tapi, jadikanlah Hawa yang didahulukan ke syurga
Kau dijadikan seorang yang lembut
Bukan untuk beralah
Dan bukan untuk mengalah
Sebaliknya, jadikanlah ia satu senjata
agar keagunganmu terus membara.
PROFAIL PENGASAS PERUNDING PERUBATAN
8 years ago
0 comments:
Post a Comment