RSS

Wanita-Wanita Sufi- Aluf Mawsali

"Seorang lelaki dari Mosul datang melamar Aluf Mawsali," kata Abu Sulayman. "Dia menyambut utusan itu dengan mengatakan, 'Katakan padanya bahawa sekiranya dia ingin menjadi hamba ku dan miliknya menjadi milik ku, aku tidak boleh memalingkan diriku dari Allah s.w.t., hatta barang sekejap pun.'"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Umm Ahmad, Sang Bidan

Umm Ahmad adalah seorang wanita yang salih di mesir, seorang wanita yang baik yang membuka pusat latihan perbidanan, demi mencari keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana wang.

"Pada suatu malam pada musim dingin," kata anaknya, "dia menyuruhku menyalakan lampu. ku jawab bahawa kita tidak mempunyai minyak. lalu dia menyuruh ku menuangkan air ke dalam lampu itu dan berzikir. Aku melakukannya dan lampu itu menyala. 'Ibu', tanya ku, 'apakah air benar-benar boleh membakar?' Dia menjawab, 'Tidak, nak. Hanya barangsiapa mematuhi Allah, maka segala sesuatu pun patuh kepadanya.'"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perginya Ibu Yang Tercinta

Aku ingat lagi tarikh tu....1 april 2008

Keadaan ibuku sudah tak ada harapan lagi kata doctor..keluarga aku bawa ibuku pulang ke rumah sbb tu la ibu nak. Suasana kat umah sedih sgt. Ramai org kg & sedara dtg utk menjenguk mama buat kali terakhir. Yaasin dan bacaan alquran dibaca tak putus2....

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang...aku tertidur di bilik akak aku sebab penat sgt. Lepas setengah jam aku tertidur, aku dikejutkn oleh kakak ipar aku dan dia menyuruh aku solat asar dan hajat supaya mama aku dipermudahkan urusan pemergiannya. Aku bangun dan solat. Walaupun berat rasanye hati ini nak melepaskan mama tapi sudah suratan Ilahi untuk mama pergi.....

Setelah selesai solat asar, ak terus bangkit utk mengerjakan solat hajat..pada sujud yg terakhir aku membaca satu zikir yg aku slalu baca sebanyak 41 kali. Tapi pada tgh2 bacaan ak..baru aku sedar yg ak baca zikir lain....aku cbe ingat balik zikir tu...tapi tak ingat2 jugak..tibe2 tubuh aku bergetar dgn tiba2...aku pun tak tahu kenapa...ak terus bangun dari sujudku dan bagi salam. Aku rasa pelik sangat. Ak berdoa pd ALLAH supaya dipermudahkan pemergian mama. Air mata ak jatuh tak berhenti2.

Aku terkejut tatkala kedengaran suara org menagis dr dapur. Aku segera menuju kearah mama. Malangnya, hanya jasad yg terbujur kaku dan telah kehilangan rohnya. Ak menghampiri mama dan membisikkan ke telinganya..

“mama tidur la mama.....nnti kita jumpe lagi” kataku...air mataku jatuh ke pipi...tidak tertahan rasenye...aku tak semapt berada disampingnya ketika dia meninggalkan dunia ini...aku memujuk diriku dengan berkata “mama beruntung sbb ALLAH lagi sygkan mama”

Aku cube untuk tabah..namun aku gagal...sepuluh minit setelah ibuku meninggal..aku terdengar suara orang melaungkan azan tapi tak sampai habis....sayup2 suara itu hilang...dalam masa yg sama kakak aku terdengar seperti ibuku memanggil namenye.....

Sampai sekarang aku masih ingat lagi kucupan terakhir utk ibuku yg tersyg iaitu ketika aku mencium dahinya sebelum kain kapannye ditutup sepenuhnya. Sejuknye masih terasa dibibirku....aku melihat ibuku sehingga ibuku dihantar ke lubuk liang lahad..aku melihat bagaimana ibu tertimbus bersama bumi ALLAH. Walaupun dah lame berlalu,,,aku ingat hari itu... 1 April 2008, 6.10 ptg. Hari aku kehilangan ibu tersayang...............

karangan dari Bahazura...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Umm Hayyan Salmiah

"Belum pernah aku melihat seorang, baik lelaki atau perempuan, yang lebih sabar dan tabah dalam mengerjakan amal ibadah malam dan melakukan solat tahajjud melebihi Hayyan Salmiah." tegas Abu Khaldah. "Ketika dia berdiri menunaikan solat masjid berhampiran dengan rumahnya, dia nampak terlalu kurus sehingga tubuhnya menggeletar laksana pohon kurma dihembus angin."

Menurut Sawadah Salmiah,"Umm Hayyan sentiasa membaca al-Quran pada siang dan malam hari. Dia tidak pernah bercakap kepada sesiapapun, kecuali setelah selesai menunaikan solat Isya'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Rabiah dari Syria

Rabi'ah dari syria antara wanita yang paling terkenal di antara wali-wali sufi wanita yang telah mencapai kedudukan (maqam) tinggi di jalan Allah. Dia adalah puteri Ismail dari Syria dan isteri kepada Ahmad Ibn Abi Al-Hawari, yang juga dikenali sebagai Abu Al-Hassan atau 'Maymun' yang berasal dari Damsyik dan wafat apada 230H.

Beliau adalah seorang hamba yang salih dan juga seorang yang zahid. dia berpengetahuan luas dan memiliki keunggulan yang tiada tandingannya.

Dalam karyanya Shifah Al-Shafwah, Ibn Jawzi menegaskan, berbeza antara Rabi'ah dari Syria dengan Rabi'ah dari Basrah, isteri Ahmad Abi Al-Hawari ini bernama Rayi'a dan bukan Rabi'ah.

Menurut Ibn Al Jawzi (Shifah Al-Shafwah, Rabi'ah dari Syria wafat pada 235H dan dimakamkan di Bukit Zaytun di Jerusalem.

Terdapat banyak lagi kisah Rabi'ah dari Syria. Anda boleh merujuk buku wanita-wanita Sufi untuk maklumat yang lebih lanjut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Sungai





Ya Tuhan…
Di saat ini,
Engkau mengetahui

Bahawa sesungguhnya
Aku semakin menjauh dari MU…

Tuhan…
Di ketika ini,
Aku mengerti
Bahawa sesungguhnya
Engkau semakin murka kepada ku…

Tuhan…
Di waktu ini,
Tiada aku fahami,
Mengapa hati yang suatu masa dulu
Sering memanggil-manggil asma Mu,
Kini… Sepi…

Ya Allah…
Di kala ini,
Aku tertanya-tanya,
Mengapa perasaan yang suatu masa dulu,
Begitu rindu kepada Mu,
Kini… Pudar…

Ya Rabbi…
Di saat ini,
Tidak mampu ku fikirkan,
Mengapa mata yang suatu masa dulu
Dibanjiri dengan air nan jernih kerana terkenangkan Mu,
Kini… Kering…

Ya Tuhan…
Sesungguhnya… Aku takut…
Aku takut kepada Mu…
Namun entah mengapa
Takutku belum mampu memulihkan diri ku…

Ya Rabbi…
Sesungguhnya… Aku rindu…
Aku rindu tatkala aku merindui Mu,
Aku rindu saat aku menangis kerana Mu,
Aku rindu tatkala aku gembira mendengar nama suci Mu,
Aku rindu saat aku sanggup melakukan segalanya untuk Mu…

Ya zaljalali wal ikram
Izinkanlah aku merayu kepada Mu,
Agar Engkau sambutlah tangan ku yang jijik ini,
Dan rangkullah aku kembali ke pangkuan Mu,
Agar dapat ku nikmati semula, Saat indah kita bersama…

Ya Rahman ...
Izinkanlah aku memohon kepada Mu,
Agar Engkau penuhkanlah ruang hati ku yang kotor ini,
Dan isikanlah setiap ruang fikiran ku,
Dengan asma Mu yang suci,
Agar terjalin semula ikatan cinta yang murni,
Antara Engkau dan aku…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WANITA-WANITA SUFI (Wanita pilihan di sisi Allah s.w.t.)

Dalam slot ini akan dirungkai kisah wanita-wanita sufi yang berjuang dalam agamanya. mereka inilah yang dijadikan idola bagi setiap wanita Islam. Tokoh pertama yang akan diceritakan ialah Rabi'ah Al-Adawiyah.

-Nama:Rabi'ah Al-Adawiyah
-Suku: Al-Atik, silsilahnya kembali kepada nabi nuh
-Berasal dari keluarga yang miskin.
-Semasa kanak-kanak, beliau telah dijual sebagai hamba dengan harga yang murah.
-Menghabiskan masa mudanya dengan bekerja keras.
-Diberi nama Rabi'ah kerana beliau anak keempat (ar-rabiah) di dalam keluarganya.
-Dilahirkan di kota Basrah,
-Wafat pada 185H.

Rabi'ah termasuk dalam golongan wanita sufi pilihan yang mengungguli hampir semua tokoh Sufi yang hidup sezaman dengannya dalam menempuh jala menuju Allah. Dengan keunggulan taqwa, makrifat, dan kezehudannya, menjadikan Rabi'ah sebagai Sebagai simbol kewaliannya tiada tandingannya di kalangan kaum sufi wanita. Kesempurnaan dan pelbagai keutamaan jwanya (fadha'il nafsani) berkembang jauh melampaui kebanyakan wali sufi kurun waktu terkemudian, yang menyebabkannya terkenal sebagai "Mahkota Kaum Lelaki" (Taj Al-Rijal).

terdapat banyak cerita tentang Rabi'ah yang tak dapat untuk dimuatkan dalam blog ini. sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang riwayat hidup Rabi'ah, boleh dapatkan buku WANITA-WANITA SUFI.

Terdapat beberapa syair yang menceritakan kehebatan Rabi'ah, antaranya:

'Attar menceritakan kisah Rabi'ah Al-Adawiyah dalam bentuk syair dalam karyanya mantiq al-thayr:

Rabi'ah, mahkota kaum lelaki,
Selama tujuh tahun menyiarap
Berjalan merangkak menuju Kaabah,
Lantas berhenti di Masjid Al-Haram
Untuk menghela dan menarik nafas lega
Ibadah haji pun sempurna sudah
Kemudian ketika mencuba masuk
Dia mencampakkan lantaran jantinanya wanita,
Dan terkena "alibi wanita"
"Wahai Tuhanku Yang Maha Kuasa", serunya,
"Selama tujuh tahun, merendah dan terhina,
Bukankah aku sudah menderita?
Bukankah engkau yang aku cari?
Jika inilah permainan hari ini,
Untuk menyergapku dengan kayu yang amat keras dan tajam,
Maka aku akan pergi jauh-jauh,
Izinkan aku berehat di rumah,
Atau bukakan jalanku ke Kaabah!
Jika engkau bukan pencinta seperti Rabi'ah,
Mana mungkin engkau tahu kedudukan nilai dirinya
Yang telah mengalami peristiwa ini?
Selagi engkau masih berkeliaran laksana
Seorang yang suka mencampuri urusan orang lain
Di lautan dan samudera ini,
Penolakan dan Penerimaan Tuhan.

Rabi'atul Adawiyah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya

Berpasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Sering menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya mengubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Terlunahkan tangisan kasihmu
Bagi mengharakan keredhaan
Darimu Tuhan, Pencipta alam

Rabi'atul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar

Asmaramu dihampar suci
Istana dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan umat sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalan kekasih Allah.


Keagungan Rabi'ah Al-Adawiyah

Wahai Rabi'ah Al-Adawiyah
wujudnya engkau menggemparkan dunia
kehadiranmu agunga membela Hawa
demi cinta pada yang Esa

Masa kecilmu dikecem kesengsaraan
dijual didagang tanpa pembelaan
namun kau cekal membela pegangan
antara keislaman dan kefasikan

merdekanya engkau tanpa diduga
ikhlasnya tuan yang berwibawa
bebaslah kini hati yang sengsara
mencari keredhaan Maha Kuasa

Kegersangan padang menjadi bukti
tandusnya cinta pada Allahi
kau mencari sesuatu yang haqiqi
menjadi keagungan wanita Sufi

Betapa agung kau mencintainya
tiada tertanding cinta pada makhluk-Nya
beribu pemuda terus merana
jika hatimu tetap pada-Nya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nazam nama isteri Rasulullah s.a.w.

"Dan sebelas isteri bagi rasul
Yang tertentu dengan mereka itu dukhul

Mereka itu ibu kamu sekalian
Hai mu'minin dan dia turun Qur'an

Yang pertama Khadijah yang bahagia
Yang kedua Saudah itu yang mulia

Yang ketiga Aisyah anak ia
Bagi Abu bakar itu yang bahagia

Yang keempay Hafsah anak Umar ia
Zainab anak Khuzaimah yang mulia

Hindun anak Huzaifah enamnya
Yang ketujuh Zainab anak Jahasynya

Lapan Juairiyah anak Haris ia
Kesembilan Ramlah itu yang bahagia

Kesepuluh Safiyah ada ia
Anak Huyai, Harun itu moyang dia

Kesebelas Maimunah namanya
Anak bagi Harits, Quraisy nasabnya

Gundik bagi ini Rasul yang mulia
Tu Mariyah dari orang Qubti ia

Yang kedua Raihanah namanya
Maka Zulaikah yang ketiga gundiknya

Yang keempat budak beri akan dia
Oleh Zainab bagi Rasul yang mulia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puisi Sufi Syeikh Ahmad Al-Fatani

Wa ba'du
Maka telah selesai taba' ini risalah latifah
Yang amat besar 'ulumnya dah ahjamnya khalifah

Lagi mengandung akan lataif asrarit tariqah
Dan lawani anwaril haqiqah

Seoalh-olah masilnya ad-duarul hisan
Dan mabahitsnya salasilul iqyan
Yang menyampaikan tahqiq kepada reda rabbil 'alamin
Betapa tiada, padahal namanya futuhul 'arfin

Pada nyata bai'ah zikir silsilah at-tariqah
Qudwatul Qadiriyah wan Naqsyabandiyah

Daripada Qudwatil wasilin
Wa khatamil 'arifin

Maulana ar-marhum asy-Syeikh Ahmad al-Khatib as-Sambasi
Nafa'anallahu Ta'ala bibarakathi
Afada'alaihi sahaiba ridwanihi wa rahmatihi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Tips untuk dicintai dan mencintai

*kenali karakter pasangan anda
*selami hati budi pasangan anda
*belajar untuk menerima sesuatu yang baru
*menjadi tempat luahan masalah
*cuba menyelesaikan masalah mereka
*beri ketenangan kepada pasangan anda
*sentiasa memberi senyuman dan memberi perhatian sepenuhnya sepanjang perbicaraan
*cuba untuk menghiburkan perasaan mereka
*belai pasangan anda seadanya
*bersedialah untuk dicintai dan menyintai

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Tips Cinta yang membahagiakan

-Cintailah agamanya
-Cintailah imannya
-Cintailah ibadahnya
-Cintailah sifatnya
-Cintailah ilmunya
-Cintailah ketaqwaanya
-Cintailah kesederhanaanya
-Cintailah keturunannya
-Cintailah harga dirinya
-Cintailah jihadnya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 Cinta yang teragung

-Cinta kepada Pencipta
-Cinta kepada RasulNya
-cinta kepada ibu bapa
-Cinta kepada keluarga
-Cinta kepada hamba-hambaNya
-Cinta kepada ciptaanNya
-Cinta kepada ilmuNya
-Cinta kepada jihadNya
-Cinta kepada suruhanNya
-Cinta kepada laranganNya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita

Hai wanita di manakah maruahmu?
Mengapa kau benarkan ia dinodai?
sedangkan ianya simbol keagungan
Yang telah dia kurniakan

Jangan salahkan Adam
jika hawa dinodai
Dan
Jangan pula disalahkan Adam
Jika Hawa dikotori

Bangkitlah Hawa,
Berjuanglah, memperjuangkan maruahmu
Jangan biar Adam bermaharajalela
Jangan biar cintamu di dusta
Ingatlah pada yang Esa
Kerana Dia yang menentukan segalanya
Jangan biar Hawa terus memenuhi neraka
Tapi, jadikanlah Hawa yang didahulukan ke syurga

Kau dijadikan seorang yang lembut
Bukan untuk beralah
Dan bukan untuk mengalah
Sebaliknya, jadikanlah ia satu senjata
agar keagunganmu terus membara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Runtuhnya kesetiaan

bertahun-tahun aku mencari,
erti yang selama disalah erti,
olah insan yang mengkhianati,
setelah hati dan perasaanya dicuri.

pada bintang aku bertanya,
dimanakah terletaknya semua,
ketulusan hati yang ku puja,
setelah angin lalu menyapa,
melenyapkan kenangan tika bersama.

pada sang bulan aku khabarkan,
segala duka dan kekecewaan,
setelah semua sinar pengharapan,
lenyap dipenghujung kesetiaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Arjuna

Wahai sang arjuna
Mengapa engkau leka
Demi mengejar kebahagiaan dunia
Sedangkan engkau mangerti
Ia bukanlah kebahagiaan hakiki

Janganlah kau kejar cinta duniawi
Jika engkau tidak mengetahui
Bahana yang sentiasa tersembunyi
Menanti mangsa untuk dihancuri
Burulah cinta kerana ilahi
Agar menjadi kisah untuk diteladani

Wahai sang arjuna
Janganlah direndahkan martabat wanita
Dan jangan pula dimanipulasi kelembutannya
Jadikan sebagai pembakar jiwa
Dalam kita memburu syurga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS