RSS

Surat Cinta buat Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم



Ya Allah, malam ini terasa sunyi sekali. Apakah sebenarnya yang aku sunyi? Adakah sunyi kerana aku semakin jauh dariNya, atau sunyi kerana terasa hidup kekosongan dan memerlukan seorang teman yang bisa mengembirakan hati saat suka dan duka...




Wanita,
Satu nama yang bisa melembutkan jiwa seorang lelaki yang perkasa. Kau mempunyai kuasa yang luar biasa wahai insan yang bergelar wanita... Wanita yang hebat ialah wanita solehah... 

Wahai wanita,
Saat aku menulis warkah ini, di hati ini penuh rasa cinta kepadamu... Cintakan ketaqwaanmu, cintakan ketaatanmu, cintakan agamamu, cintakan jiwamu yang mencintaNya.... Bukan sengaja untuk aku mencintaimu, wahai wanita..... Tapi inilah anugerah yang diberikanNya kepadaku untuk aku menyayangi kaummu....






Wahai wanita,
Saat aku mencurahkan rasa hati ini, tidak putus rasa bimbang ku kepada dirimu dan kaummu.... Baginda telah berpesan kepada kaummu agar sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan kerana kaummulah yang mudah untuk menghuni neraka.... Tapi ingatlah wahai kekasihku, Dia maha adil.... Dia telah mengurniakan 1001 kemuliaan kepadamu....




Wahai kekasih,
Aku menulis warkah ini khas buatmu.... Dengan pena dan tinta yang kau berikan inilah aku curahkan segala rasa cinta yang ku pendamkan selama kita berjauhan.... Pena itu adalah diriku, dan tinta itu ialah cintaku.....

Wahai kekasihku,
Dengan kedua-dua inilah aku jadikannya wadah untuk menulis syair-syair cinta dengan kalimahNya yang agung untuk kau hayati.... syair-syair ini diibaratkan embun, dan hatimu adalah sekuntum bunga yang mekarnya mempesona..... Maka aku berharap, setiap embun-embun ini apabila ia hinggap di kelopak-kelopak cintamu akan membuatkan cintamu padaNya dan padaku semakin subur....





Wahai kekasih,
Dirimu sangatlah berharga.... Martabatmu sangatlah tinggi darjatnya..... Aku sangat berterima kasih kepadamu kerana memilih diri ini sebagai pemimpinmu.... Akan ku pimpinmu ke jalan yang diredhaiNya..... Takkan ku biarkan kau tersungkur dipertengahan jalan.... Selagi aku masih di sisimu, akan ku lindungimu dari segala halangan dan rintangan yang mendatang......




Wahai kekasih,
Harapanku agar kau terus berada dalam redhaNya..... Jadilah hambaNya yang sentiasa mendapat rahmat dariNya..... Akan aku setia menanti dirimu walau di mana saja kau berada tika ini..... Dan akan ku pelihara cinta ini hanya untukmu......




(sejujurnya saat diri ini menulis warkah ini, mengalir tangisan di dalam hati....  tangisan kebimbangan, masihkah ada lagi wanita yang dinyatakan dalam warkah di atas..... waallahu'alam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahajjud cintaku padaMu dan dirinya





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Ya Allah.... Pada malam ini aku bersujud kepadaMu.... Memohon petunjuk dan hidayah dariMu.... Tiada tempat untukku bergantung harap dan memohon pertolongan selain hanya dariMu, Ya Allah..... Saat ini aku sangat memerlukan perhatian dariMu.... Aku dilanda satu musibah yang paling aku takuti dalam hidup ini, Ya Allah.... Antara yang paling aku takuti ialah apabila Kau menguji aku dengan kelemahan yang aku tidak dapat atasi sejak dari dulu.... Aku bersyukur kerana Kau mengurniakan aku suatu keajaiban yang tidak semua manusia memilikinya, iaitu perasaan kasih dan sayang.... Aku merasa sangat bertuah kerana memiliki sifat itu, Ya Allah.... Tetapi tanpa aku sedari rupanya itulah kelemahan yang paling aku takuti.... Dahulu aku pernah berjanji kepadaMu bahawa aku tidakkan mencintai mana-mana wanita selaian yang telah Kau takdirkan..... Dan aku merasa sungguh yakin bahawa diri ini dapat mengatasinya.... Tapi, segalanya berubah dalam sekelip mata...... Segalanya berubah apabila kau hadirkan seorang muslimah yang tidak aku sedari kewujudannya sebelum ini..... Aku merasa senang dan tenang bila bekerjasama dengannya.... Pada mulanya aku hanya menganggap bahawa ini cumalah kebetulan.... Tapi, siapa yang menduga takdir yang telah Kau tetapkan, Ya Allah.... Sekali lagi aku dipertemukan dengan dia..... Dan aku yakin bahawa ini juga secara kebetulan kerana ini tidaklah seperti yang aku rancang.... Ya Allah, takdirMu sangat sukar untuk diduga..... Dalam tak sedar aku telah menyakiti hatinya yang lembut, Ya Allah..... Sungguh, diri ini sangat lemah dan hina..... Aku telah menyusahkan hidupnya, Ya Allah...... Dan sungguh, mengalir air mata ini sangat aku melihat dirinya dilanda kesusahan....  Teringin aku menghulurkan tangan saat dia dilanda kesusahan, Ya Allah.... Tapi siapalah aku untuk melakukan sedemikian.... Aku cumalah hambaMu yang telah menyusahkan hidupnya..... Bukan sekali aku menyakitinya dengan keegoan dan kebodohanku, Ya Allah.... Tapi telah berkali-kali aku menyakitinya..... Sesungguhnya bukan itu yang aku impikan....

Kini kebenciannya padaku kian menebal, Ya Allah.... Semakin hari semakin bertambah kebenciannya padaku....... Dahulu hanyalah senyuman yang dia ukirkan setiap kali memandangku, tetapi kini pandangan jijik yang dihulurkan kepadaku..... Sungguh, aku tidaklah menyalahkan Kau dan juga dia mengapa berlakunya keadaan ini, Ya Allah..... Tetapi keegoan dan kebodohanku yang menjadi menjadi asbab mengapa aku membenci diriku sendiri..... Seandainya yang terbaik untuknya adalah aku pergi dari hidupnya, maka kau jauhkanlah aku dari dirinya, Ya Allah.... Jika seandainya dengan pemergianku buat selama-lamanya dari muka bumi ini dapat mengembirakan hatinya dan dapat mengembalikan senyuamannya, maka aku bersedia untuk menghadapMu lebih awal, Ya Allah...... Sungguh aku tidak sanggup melihat air matanya menitis lagi kerana aku......

Ya Allah..... kini hanya tahajjud cinta kepadamu menjadi penemanku saat aku kebuntuan..... Dan hanya tahajjud cinta inilah yang menjadi penawar segala kegelisahanku selama ini.... Juga dengan tahajjud cinta ini jugalah yang dapat mendekatkan aku kepadaMu...... Demikian jugalah dengan tahajjud ini dapat menjadi pengubat rindu kepadanya......

Ternyata dengan ketiadaanku dalam hidupnya kini menjadikan hidupnya lebih bahagia dan penuh dengan senyuman...... Ya Allah, aku bersyukur kerana doa aku telah Kau tunaikan..... Itulah yang aku impikan.... Senyuman yang sentiasa terukir di raut wajahnya..... Sungguh, dia insan mulia dan   aku hanyalah hambaMu yang lemah lagi menyusahkan.....         Biarlah aku hilang dan pergi dari dirinya buat selamanya, Ya Allah...... Biarlah dunianya bersinar dengan cahaya keimanan yang engkau kurniakan...... Ya Allah, kini tahajjud cinta ini akan aku terus pelihara..... Sehinggakan suatu hari nanti ianya menjadi jalan untuk aku peroleh cinta yang sebenarnya di akhirat nanti.....










(Apa yang tertulis di atas adalah sesuatu yang benar yang berlaku pada seorang sahabat saya. Sungguh, semasa mendengarkan ceritanya dan semasa saya menulis ini, mengalir air mata di dalam hati dek kerana tidak tertanggung rasa sedih. Tidak akan mengalir air mata ini jika semua di atas adalah pembohongan semata-mata. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Waallahu'alam........)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS