RSS

wanita-wanita sufi- amat al-jalil

Amat Al-Jalil adalah seorang wali dan wanita Arab yang salih. Abu Bakar ibn ‘Abid menulis tentangnya:

Aku pernah membaca, dalam kitab milik Muhammad ibn Husayn, sebuah cacatan dalam tulisan tangannya sendiri di mana ia dikutip dari Halim ibn Ja’afar yang kemudiannya dikutip daripada Musammi’ ibn ‘Ashim yang mengatakan, “sekelompok syaikh Sufi berbeza pendapat tentang ehwal makna kewalian(walayat). Seorang di antara mereka berkata, ‘Apabila seseorang mencapai kedudukan kewalian, maka dia boleh memperolehi apa yang diinginkannya, sama ada yang bersifat rohani atau duniawi.’ Mereka yang lain berkata, ‘Para wali tidak pernah berbuat dengan cara yang bertentangan dengan kehendak Allah, dan sama sekali tidak berusaha meraih apa yang diinginkan untuk dunia. Justeru, kerinduannya akan hal itu memungkinkan terwujudnya di hadapannya.’ Mereka yang lain memberikan komen, ‘Seorang wali adalah orang yang- bila tidak dipenuhi hak- haknya kelak di Hari Kiamat- tidak akan mengemukakankeberatan apa pun.’

Perbincangan mereka terus berlangsung demikian sampai akhirnya semua syaikh itu menangguhkannya dan sepakat mengunjungi seorang wanita di kabilah Bani ‘Adi yang bernama Amat Al-Jalil, puteri ‘Amr ‘Adawiyah, yang memiliki keunikan pada zamannya dalam perjuangan kerohanian(mujahadah). Ketika tiba di rumahnya, mereka mengetuk pintu dan memohon izin. Sesudah dipersilakan masuk, mereka menyatakan perbezaan pendapat mereka dan menceritakan bahawa semuanya terlibat dalam perdebatan sengit. Kemudian amat menegaskan, ‘Segenap maktu seorang wali adalah sedemikian rupa sehingga dia begitu asyik dan sibuk dengan Allah dan sama sekali tidak merasa terganggu oleh dunia ini. Jadi,seorang wali tidak mempunyai keperluan dan tidak memerlukan apa pun.’ Sambil mengadap kepada Kilab, Amat kemudian berkata, ‘jika ada seseorang mengatakan kepadamu bahawa seorang wali Allah pernah mencurahkan perhatiannya kepada segala sesuatu selain Allah, janganlah engkau percaya kepadanya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wanita-wanita sufi- umm ibrahim

Umm Ibrahim


Umm Ibrahim pernah ditendang oleh seekor kuda. Kakinya terseliuh, dan beberapa orang datang untuk menyatakan rasa simpati mereka kepadanya. Dia mengatakan, “Kalaulah bukan kerana kesengsaran di dunia ini, kita semua akan sampai di akhirat dalam keadaan benar-benar miskin dan melarat.”

Abu Musa menceritakan kisah berikut ini:

Aku pernah menyertai Umm Ibrahim pergi menunaikan ibadah haji ke Makkah. Ketika kami tiba di Mina, tempat di mana syaitan-syaitan dilempar dengan batu, kami melihat begitu ramai orang yang sibuk berdagang dan berjual-beli. Sambil mendongakkan kepalanya ke langit, Umm Ibrahim berdoa, “Wahai Kekasihku, orang-orang ini semuanya telah berpaling ke dunia dan meninggalkan-Mu.” Sesudah mengucapkan doa ini, dia menjerit keras dan kemudiannya jatuh pengsan. Orang-orang berkumpul mengelilinginya, sementara aku menyelimutinya dengan jubahku. Ku katakan bahawa dia ditimpa kecelakaan dan jatuh sakit. Aku berdiri di sampingnya sehingga dia sedar kembali. Kemudian ku angkat kepalanya dan ku dekati, “Wahai Umm Ibrahim, mengapa engkau berbuat sesuatu yang tidak betul dan memalukan?” dia menjawab, “Wahai orang bodoh, kalau Dia sendiri yang memuji dan bersyukur, mengapa kita mesti berpura-pura?”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Aluf Mawsali

"Seorang lelaki dari Mosul datang melamar Aluf Mawsali," kata Abu Sulayman. "Dia menyambut utusan itu dengan mengatakan, 'Katakan padanya bahawa sekiranya dia ingin menjadi hamba ku dan miliknya menjadi milik ku, aku tidak boleh memalingkan diriku dari Allah s.w.t., hatta barang sekejap pun.'"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Umm Ahmad, Sang Bidan

Umm Ahmad adalah seorang wanita yang salih di mesir, seorang wanita yang baik yang membuka pusat latihan perbidanan, demi mencari keredhaan Allah semata-mata dan bukan kerana wang.

"Pada suatu malam pada musim dingin," kata anaknya, "dia menyuruhku menyalakan lampu. ku jawab bahawa kita tidak mempunyai minyak. lalu dia menyuruh ku menuangkan air ke dalam lampu itu dan berzikir. Aku melakukannya dan lampu itu menyala. 'Ibu', tanya ku, 'apakah air benar-benar boleh membakar?' Dia menjawab, 'Tidak, nak. Hanya barangsiapa mematuhi Allah, maka segala sesuatu pun patuh kepadanya.'"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perginya Ibu Yang Tercinta

Aku ingat lagi tarikh tu....1 april 2008

Keadaan ibuku sudah tak ada harapan lagi kata doctor..keluarga aku bawa ibuku pulang ke rumah sbb tu la ibu nak. Suasana kat umah sedih sgt. Ramai org kg & sedara dtg utk menjenguk mama buat kali terakhir. Yaasin dan bacaan alquran dibaca tak putus2....

Jam menunjukkan pukul 5.00 petang...aku tertidur di bilik akak aku sebab penat sgt. Lepas setengah jam aku tertidur, aku dikejutkn oleh kakak ipar aku dan dia menyuruh aku solat asar dan hajat supaya mama aku dipermudahkan urusan pemergiannya. Aku bangun dan solat. Walaupun berat rasanye hati ini nak melepaskan mama tapi sudah suratan Ilahi untuk mama pergi.....

Setelah selesai solat asar, ak terus bangkit utk mengerjakan solat hajat..pada sujud yg terakhir aku membaca satu zikir yg aku slalu baca sebanyak 41 kali. Tapi pada tgh2 bacaan ak..baru aku sedar yg ak baca zikir lain....aku cbe ingat balik zikir tu...tapi tak ingat2 jugak..tibe2 tubuh aku bergetar dgn tiba2...aku pun tak tahu kenapa...ak terus bangun dari sujudku dan bagi salam. Aku rasa pelik sangat. Ak berdoa pd ALLAH supaya dipermudahkan pemergian mama. Air mata ak jatuh tak berhenti2.

Aku terkejut tatkala kedengaran suara org menagis dr dapur. Aku segera menuju kearah mama. Malangnya, hanya jasad yg terbujur kaku dan telah kehilangan rohnya. Ak menghampiri mama dan membisikkan ke telinganya..

“mama tidur la mama.....nnti kita jumpe lagi” kataku...air mataku jatuh ke pipi...tidak tertahan rasenye...aku tak semapt berada disampingnya ketika dia meninggalkan dunia ini...aku memujuk diriku dengan berkata “mama beruntung sbb ALLAH lagi sygkan mama”

Aku cube untuk tabah..namun aku gagal...sepuluh minit setelah ibuku meninggal..aku terdengar suara orang melaungkan azan tapi tak sampai habis....sayup2 suara itu hilang...dalam masa yg sama kakak aku terdengar seperti ibuku memanggil namenye.....

Sampai sekarang aku masih ingat lagi kucupan terakhir utk ibuku yg tersyg iaitu ketika aku mencium dahinya sebelum kain kapannye ditutup sepenuhnya. Sejuknye masih terasa dibibirku....aku melihat ibuku sehingga ibuku dihantar ke lubuk liang lahad..aku melihat bagaimana ibu tertimbus bersama bumi ALLAH. Walaupun dah lame berlalu,,,aku ingat hari itu... 1 April 2008, 6.10 ptg. Hari aku kehilangan ibu tersayang...............

karangan dari Bahazura...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Umm Hayyan Salmiah

"Belum pernah aku melihat seorang, baik lelaki atau perempuan, yang lebih sabar dan tabah dalam mengerjakan amal ibadah malam dan melakukan solat tahajjud melebihi Hayyan Salmiah." tegas Abu Khaldah. "Ketika dia berdiri menunaikan solat masjid berhampiran dengan rumahnya, dia nampak terlalu kurus sehingga tubuhnya menggeletar laksana pohon kurma dihembus angin."

Menurut Sawadah Salmiah,"Umm Hayyan sentiasa membaca al-Quran pada siang dan malam hari. Dia tidak pernah bercakap kepada sesiapapun, kecuali setelah selesai menunaikan solat Isya'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita-Wanita Sufi- Rabiah dari Syria

Rabi'ah dari syria antara wanita yang paling terkenal di antara wali-wali sufi wanita yang telah mencapai kedudukan (maqam) tinggi di jalan Allah. Dia adalah puteri Ismail dari Syria dan isteri kepada Ahmad Ibn Abi Al-Hawari, yang juga dikenali sebagai Abu Al-Hassan atau 'Maymun' yang berasal dari Damsyik dan wafat apada 230H.

Beliau adalah seorang hamba yang salih dan juga seorang yang zahid. dia berpengetahuan luas dan memiliki keunggulan yang tiada tandingannya.

Dalam karyanya Shifah Al-Shafwah, Ibn Jawzi menegaskan, berbeza antara Rabi'ah dari Syria dengan Rabi'ah dari Basrah, isteri Ahmad Abi Al-Hawari ini bernama Rayi'a dan bukan Rabi'ah.

Menurut Ibn Al Jawzi (Shifah Al-Shafwah, Rabi'ah dari Syria wafat pada 235H dan dimakamkan di Bukit Zaytun di Jerusalem.

Terdapat banyak lagi kisah Rabi'ah dari Syria. Anda boleh merujuk buku wanita-wanita Sufi untuk maklumat yang lebih lanjut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS